Ordinary Family Vagaries
Home Dashboard ABOUT Tutorial FACEBOOK S.H.Nyawa

6 Mac 2013 : 2239 pm


Tips/Rahsia Terbaek Dari Ladang
Thursday, 10 January 2013 7:27 pm 0 comments


Wewit !!!
Petang nie rajin pulak rasanya Miss O posting entry .
Meh la singgah and baca .
Tak rugi tau !


Miss O nak sharekan rahsia-rahsia handphone apabila kita berada di waktu kecemasan .
Ramai gak yang tak tahu rasanya dan ramai jugak yang dah kongsikan info berguna nie .


Source : SCMO


Actually, scmo tu adalah blog lama Miss O .
Dah tak aktif lagi dah .
Ok lah, tak payah pok-pek lagi, let's scroll it down .



NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua npon adalah 112 . Jika anda berada dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian handphone yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan tersebut . Nescaya boleh . Lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci handphone anda dikunci (keypad lock) .


KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar ?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda bukan ? Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu . Tapi bagi kereta yang menggunakan sistem penggera (alarm) sahaja la yer . Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang handphone anda dari jarak kira-kira 30 cm (1 kaki) dari kereta yang terkunci itu . Minta pula keluarga/teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya . Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada . Kerana itu juga lah, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya . Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya .


KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu, handphone yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan . Bayangkan jika bateri handphone anda sudah terlalu lemah/mati sedangkan anda perlu melakukan emergency call atau anda sedang berada dalam kecemasan . Telefon mudah alih jenis NOKIA didatangkan dengan bateri simpanan [*jenis lain-lain, Miss O tak tau la yer ~ so sorry] . Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370# . Telefon anda pasti akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 % . Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


TELEFON DICURI
Bagaimana jika handphone anda dicuri ? Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat dalam telefon anda . Dail *#06# dan kemudian, 15 digit nombor siri telefon anda akan tertera di skrin . Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon mudah alih . Catatkan nombor siri tersebut dan simpankannya di tempat yang selamat . Apabila telefon bimbit anda dicuri , anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut . Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut .


Selamat mencuba !



Thanks for reading !!!

0 Comments:

Post a Comment

Thank you so much for dropping by your comment.



PAST •• FUTURE
WELCOME

Follow

Like Me

Talk to me

No spamming.
Leave your blog address or e-mail only .
No ads.
No harsh words ok.

Archieve

Disclaimers

Do not make any print screen of this blog without permission.

Do not open the page source of this blog.

Do not re-post our tutorials without any credit to us.

If you violate these rules while violating our right, we will not hesitate to take legal action against you (Communications and Multimedia Act 1998).

Do not be a copycat. We really hate it.

Thank you !!

© Copyright Reserved By Aziz | Oni (Oziz) ~ 2012/2013